Isnin, 4 April 2011

4 perkara


Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:


" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.


Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan
keburukan orang lain.


Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-


1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di
hari kiamat iaitu AMALNYA.


Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:


1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:


1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.


Wallahualam

Ahad, 20 Mac 2011

Barisan di Akhirat


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah s.a.w dan bertanya baginda: ''Wahai Rasulullah tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT'':
Ertinya:
''Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris''

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dgn air mata. Lalu menjawab: ''Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku masing2 dgn pembawaan mereka sendiri...'' Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA 


Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ''Mereka itu adalah orang2 yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Mka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah....''

BARISAN KEDUA 


Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ''Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah...''

BARISAN KETIGA


 Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. ''Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...''

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. ''Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...''

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dgn bau busuk drp bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. ''Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah SWT. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah...''

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dgn keadaan kepala mereka terputus dari badan. ''Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...''

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir darah dan nanah. ''Mereka adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...''

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dgn kepala ke bawah dan kaki ke atas. ''Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...''

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dgn wajah hitam gelap dan bermat biru sementara di dalam diri mereka penuh dgn api gemuruh. ''Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dgn cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...''

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka yang penuh dengan penyakit sopak dan kusta. ''Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapanya. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...''

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. ''Mereka adalah orang yang minum arak. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka''.

BARISAN KEDUA BELAS

Diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah SWT Yang Maha Pengasih memaklumkan: ''Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik, mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya, dan tempat mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih...''

Jika dirimu mahukan kemesraan dgn Allah SWT, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya...

wallahua'lam.




Ahad, 30 Januari 2011

Betulkah Al-Fatihah kita???



Membaca Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu, perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama Syaitan:
DU LI LAH (bila dibaca x sabdu) sepatutnya DULILLAH
HIR ROB (bila dibaca x sabdu) sepatutnya HI ROB
KIYYAU (bila dibaca x sabdu) sepatutnya KI YAU
KANNAK (bila dibaca x sabdu) sepatutnya KA NAK
KANNAS (bila dibaca x sabdu) sepatutnya KA NAS
IYA (bila dibaca x sabdu) sepatutnya IYYA


Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan''!!!

AMIN.... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA....dua harakat, semoga AMIN kita bersamaan dengan Amin malaikat insyaAllah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Jumaat, 28 Januari 2011

Tempat tinggal iblis




Anas bin Malik R.A. berkata, iblis telah bertanya pada Allah, katanya, ''Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mrk berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu, tunjukkanlah pula tempat kediaman untukku.'' Firman Allah,'' tempat kediamanmu ialah tandas.''


Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di Masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?'' Firman Allah,'' Tempat untukmu berkumpul ialah di pasar2, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis2 maksiat.''




Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?'' Firman Allah,'' Bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.'' Wahai Tuhan Tuhanku! Engkau telah berikan kepada mereka cerita2 benar, apakah pula cerita bagiku?'' Firman Allah, ''cerita bagimu ialah kata2 kesat dan dusta.''



Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan azan kepada mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku? Firman Allah, ''Azan untukmu ialah seruling.'' Wahai Tuhanku! Engkau telah menghatar utusanmu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku? Firman Allah' '' Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.''


Wahai Tuhanku! Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apa pula tulisan bagiku? Firman Allah, ''tulisanmu ialah tatu gincu serta lukisan di badan.'' Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu perangkap, apa pula perangkap untukku? Firman Allah '' perangkap bagimu ialah wanita.''



Wahai Tuhanku! Engkau berikan kepada mereka minuman, apa pula minuman untukku? Firman Allah, ''minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya.''

Kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w

Ka'bul bin Ahbar R.A. berkata, '' Saya telah membaca kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang mana Allah telah berfirman,


solat itu tiang agama

Wahai Musa! Dua rakkat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya di waktu subuh, Aku akan mengampunkan serta melindungi mereka dari siang hari hingga ke malamnya.

Wahai Musa! Empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya di waktu Zohor, Aku akan berikan pengampunan pada rakaat yang pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat yang kedua, Aku perintahkan malaikatku bertasbih dan membaca istighfar bagi mereka pada rakaat yang ketiga dan rakaat yang keempat Aku bukakan pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka.


yang mana lebih berat???


Wahai Musa! empat rakaat yang dikerjakan oleh muhammad dan umatnya pada waktu asar, maka semua para malaikat di langit dan juga di bumi akan meminta ampun untuk mereka. sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku seksa mereka itu.


langit....

Wahai Musa! tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya di waktu matahari hendak terbenam, maka Aku bukakan pintu langit untuk mereka dan apa2 yang mereka minta pasti Aku perkenankan.

matahari terbenam...

Wahai Musa! empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega2 merah (isyak) maka solat itu adalah lebih baik dari dunia ini dan seisinya dan mereka juga terlepas dari dosa2 kecil........

bumi...

na'uzubillahiminzalikh....


Isnin, 24 Januari 2011

dosa dan pahala



Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal

- Saidina Ali bin Abi Thalib -





Ahad, 23 Januari 2011

Pahala selepas mati...


Anas berkata, ''Ada 7 Pahala yang akan tetap diterima oleh seseorang itu apabila dia mati kelak iaitu

1. orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat untuk beribadat.



2. Orang yang mengalirkan air sungai selagi mana orang tetap menggunakannnya.





3. Orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang yang membacanya.





4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang memanfaatkannya.



5. Orang yang menanam buah2an selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia ataupun binatang.




6. Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.





7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kepada orang tuanya.




Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda. Katanya, ''apabila telah mati anak Adam itu, maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara sahaja iaitu:

1. Sedekah jariah

2. Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.

3. Anak yang soleh dan tidak lupa mendoakan kedua ibu bapanya.


na'uzubillahhiminzalik..