Isnin, 9 Mei 2011

Mencucuk Mata Iblis




Pada suatu hari Nabi Idris didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telur.
Ketika itu, Nabi Idris sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki
itu terus menegur Nabi Idris, ''Wahai Idris, bolehkah tuhan kamu memasukkan
dunia ini ke dalam telur yang sedang aku pegang ini? '' Dengan izin Allah s.w.t.,
Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang  berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris,
''Datanglah dekat denganku dan  tanyalah apa yang engkau hendak tanya.''
lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih  sedang menjahit. ''Bolehkah
Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini? '' Lelaki asing itu mengulangi
pertanyaannya. ''Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana saja. Jangankan
ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh memasukkan dunia
ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini,'' kata Nabi Idris a.s.  Kemudian
dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum
yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat
berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris
yang telah membutakan sebelah matanya.

...Itulah iblis laknatullah...
Datang mengganggu Nabi Idris a.s. dalam rupa seorang lelaki.

1 ulasan: