Ahad, 30 Januari 2011

Betulkah Al-Fatihah kita???



Membaca Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu, perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama Syaitan:
DU LI LAH (bila dibaca x sabdu) sepatutnya DULILLAH
HIR ROB (bila dibaca x sabdu) sepatutnya HI ROB
KIYYAU (bila dibaca x sabdu) sepatutnya KI YAU
KANNAK (bila dibaca x sabdu) sepatutnya KA NAK
KANNAS (bila dibaca x sabdu) sepatutnya KA NAS
IYA (bila dibaca x sabdu) sepatutnya IYYA


Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan''!!!

AMIN.... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA....dua harakat, semoga AMIN kita bersamaan dengan Amin malaikat insyaAllah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Jumaat, 28 Januari 2011

Tempat tinggal iblis




Anas bin Malik R.A. berkata, iblis telah bertanya pada Allah, katanya, ''Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mrk berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu, tunjukkanlah pula tempat kediaman untukku.'' Firman Allah,'' tempat kediamanmu ialah tandas.''


Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di Masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?'' Firman Allah,'' Tempat untukmu berkumpul ialah di pasar2, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis2 maksiat.''




Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?'' Firman Allah,'' Bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.'' Wahai Tuhan Tuhanku! Engkau telah berikan kepada mereka cerita2 benar, apakah pula cerita bagiku?'' Firman Allah, ''cerita bagimu ialah kata2 kesat dan dusta.''



Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan azan kepada mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku? Firman Allah, ''Azan untukmu ialah seruling.'' Wahai Tuhanku! Engkau telah menghatar utusanmu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku? Firman Allah' '' Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.''


Wahai Tuhanku! Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apa pula tulisan bagiku? Firman Allah, ''tulisanmu ialah tatu gincu serta lukisan di badan.'' Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu perangkap, apa pula perangkap untukku? Firman Allah '' perangkap bagimu ialah wanita.''



Wahai Tuhanku! Engkau berikan kepada mereka minuman, apa pula minuman untukku? Firman Allah, ''minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya.''

Kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w

Ka'bul bin Ahbar R.A. berkata, '' Saya telah membaca kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang mana Allah telah berfirman,


solat itu tiang agama

Wahai Musa! Dua rakkat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya di waktu subuh, Aku akan mengampunkan serta melindungi mereka dari siang hari hingga ke malamnya.

Wahai Musa! Empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya di waktu Zohor, Aku akan berikan pengampunan pada rakaat yang pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat yang kedua, Aku perintahkan malaikatku bertasbih dan membaca istighfar bagi mereka pada rakaat yang ketiga dan rakaat yang keempat Aku bukakan pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka.


yang mana lebih berat???


Wahai Musa! empat rakaat yang dikerjakan oleh muhammad dan umatnya pada waktu asar, maka semua para malaikat di langit dan juga di bumi akan meminta ampun untuk mereka. sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku seksa mereka itu.


langit....

Wahai Musa! tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya di waktu matahari hendak terbenam, maka Aku bukakan pintu langit untuk mereka dan apa2 yang mereka minta pasti Aku perkenankan.

matahari terbenam...

Wahai Musa! empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega2 merah (isyak) maka solat itu adalah lebih baik dari dunia ini dan seisinya dan mereka juga terlepas dari dosa2 kecil........

bumi...

na'uzubillahiminzalikh....


Isnin, 24 Januari 2011

dosa dan pahala



Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal

- Saidina Ali bin Abi Thalib -





Ahad, 23 Januari 2011

Pahala selepas mati...


Anas berkata, ''Ada 7 Pahala yang akan tetap diterima oleh seseorang itu apabila dia mati kelak iaitu

1. orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat untuk beribadat.



2. Orang yang mengalirkan air sungai selagi mana orang tetap menggunakannnya.





3. Orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang yang membacanya.





4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang memanfaatkannya.



5. Orang yang menanam buah2an selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia ataupun binatang.




6. Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.





7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kepada orang tuanya.




Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda. Katanya, ''apabila telah mati anak Adam itu, maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara sahaja iaitu:

1. Sedekah jariah

2. Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.

3. Anak yang soleh dan tidak lupa mendoakan kedua ibu bapanya.


na'uzubillahhiminzalik..