Jumaat, 28 Januari 2011

Tempat tinggal iblis




Anas bin Malik R.A. berkata, iblis telah bertanya pada Allah, katanya, ''Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mrk berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu, tunjukkanlah pula tempat kediaman untukku.'' Firman Allah,'' tempat kediamanmu ialah tandas.''


Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di Masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?'' Firman Allah,'' Tempat untukmu berkumpul ialah di pasar2, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis2 maksiat.''




Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?'' Firman Allah,'' Bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.'' Wahai Tuhan Tuhanku! Engkau telah berikan kepada mereka cerita2 benar, apakah pula cerita bagiku?'' Firman Allah, ''cerita bagimu ialah kata2 kesat dan dusta.''



Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan azan kepada mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku? Firman Allah, ''Azan untukmu ialah seruling.'' Wahai Tuhanku! Engkau telah menghatar utusanmu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku? Firman Allah' '' Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.''


Wahai Tuhanku! Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apa pula tulisan bagiku? Firman Allah, ''tulisanmu ialah tatu gincu serta lukisan di badan.'' Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu perangkap, apa pula perangkap untukku? Firman Allah '' perangkap bagimu ialah wanita.''



Wahai Tuhanku! Engkau berikan kepada mereka minuman, apa pula minuman untukku? Firman Allah, ''minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya.''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan