Selasa, 10 Mei 2011

3 Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

...Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang...
...Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan...
...Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari...

Apabila ditanya apakah ini? Lalu dijawab: ''Cahaya yang pertama ialah
Wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan
dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang bila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang
sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti Matahari. Mereka
di dunia sudah bersiap-sedia di dalam masjid sebelum
azan lagi.

Isnin, 9 Mei 2011

Mencucuk Mata Iblis




Pada suatu hari Nabi Idris didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telur.
Ketika itu, Nabi Idris sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki
itu terus menegur Nabi Idris, ''Wahai Idris, bolehkah tuhan kamu memasukkan
dunia ini ke dalam telur yang sedang aku pegang ini? '' Dengan izin Allah s.w.t.,
Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang  berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris,
''Datanglah dekat denganku dan  tanyalah apa yang engkau hendak tanya.''
lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih  sedang menjahit. ''Bolehkah
Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini? '' Lelaki asing itu mengulangi
pertanyaannya. ''Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana saja. Jangankan
ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh memasukkan dunia
ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini,'' kata Nabi Idris a.s.  Kemudian
dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum
yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat
berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris
yang telah membutakan sebelah matanya.

...Itulah iblis laknatullah...
Datang mengganggu Nabi Idris a.s. dalam rupa seorang lelaki.

Khamis, 5 Mei 2011

Cinta Hakiki


''Cintailah Yang Mencipta lebih daripada yang dicipta
kerana Yang Mencipta itulah mencipta yang dicipta dan
mencipta cinta untuk yang dicipta mencinta Yang Mencipta
dan yang dicipta.''

Rabu, 4 Mei 2011

Kehidupan Manusia




Adapun manusia hidup di dunia ini adalah ibarat orang yang belayar
di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang
jauh di sana. Setelah behari-hari di lautan, sedangkan daratan yang
dituju itu belum juga kelihatan. Maka pada suatau hari kapal itu singgah
pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau itu terbahagi
kepada tiga golongan.


GOLONGAN PERTAMA
Mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan.
Setelah berehat-rehat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal.
Mereka ingat bahawa bukan pulau
ini yang menjadi tujuan mereka.

GOLONGAN KEDUA
Mereka terpengaruh dengan kehidupan pulau. Pohon kelapa di pulau itu
melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun
dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam
perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal. Tetapi kerana terlambat,
tempat duduk sudah habis diduduki orang.



GOLONGAN KETIGA
Inilah yang malang. Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama
tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, jugak tidak dihiraukan dan
berbunyi kali ketiga, kapal itu pun berangkat. Setelah kapal itu jauh, dipanggil
tidak kembali lagi. Mereka inilah golongan yang amat malang.
Na'uzubillah...

Selasa, 3 Mei 2011

Takbur & Ujub



Tidak dapat dinafikan dalam hati setiap anak Adam itu ada penyakit hatinya
yang tersendiri, salah satunya ialah penyakit TAKBUR. Walau bagaimanapun,
Islam ada cara untuk mengubatinya seperti yang pernah diberitahu kepada
kita oleh Imam Al-Ghazali iaitu:



Apabila bersua dengan KANAK-KANAK, anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita.


Apabila bersua dengan ORANG TUA, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah.


Apabila bersua dengan ORANG ALIM, anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang
beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.


Apabila bersua dengan ORANG JAHIL, anggaplah dia lebih mulia kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu.

Apabila bersua dengan ORANG KAFIR, katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum Islam akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa. banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan....





Jumaat, 22 April 2011

Jalan kepada 4 perkara

Berkata Syaqiq al-Balkhi (seorang wali):

Kami mencari 4 perkara dan telah kami dapati ia dalam empat perkara:


...Kami mencari nur di dalam kubur dan kami dapati ia dalam Solat Malam...


...Kami mencari kemudahan untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir, kami dapati ia dalam membaca Al-Quran...


...Kami mencari jalan untuk melintasi al-Sirat, kami dapati ia dalam puasa...



...Kami mencari keberkatan dalam rezeki, dan kami dapati ia dalam Solat Dhuha...

Khamis, 21 April 2011

Tanda cinta Allah kepada Hamba



Daripada Abu Hurairah r.a., Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
''Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, 'Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.' Jibrail pon mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, 'Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.' Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.''

(Riwayat Al-Bukhari)

Rabu, 20 April 2011

Wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Ali

Ali bin Abi Thalib berkata bahawa Rasulullah berwasiat kepadaku dengan sabda baginda:


''Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan, tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat dari musyawarah. Tak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur.


''Ya Ali! Bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit bicara adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu.




''Ya Ali! perbanyakkanlah membaca surah yasin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali lepas hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Dipenjarakan melainkan ia akan keluar penjara. Bujang melainkan akan berkahwin. Semasa musafir matanya terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatnya kembali. Tidak dibacakan ia diatas orang yang hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sampai petang. dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada dalam keadaan aman sehingga pagi.




Isnin, 18 April 2011

7 Kalimat untuk diamalkan

Barang siapa hafal tujuh kalimat ini dan sentiasa mengamalkannya, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilaut.


1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "La ila ha illallah Muhammad dur Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Rabu, 6 April 2011

Dunia hanya sementara



Diriwayatkan bahawa Ali r.a pernah berkata:

"Dunia hanyalah satu perkampungan sementara. Barangsiapa yang merasa sihat di dalamnya, maka dia telah dilanda penyakit. Barangsiapa yang berasa damai di dalamnya, maka dia telah dilanda penyesalan. Barangsiapa yang terlalu membutuhkannya, dia telah dilanda derita. Barangsiapa yang mewah di dalamnya, dia telah dilanda pancaroba. Disebalik penghalalannya pasti ada penghisaban. Disebalik pengharamannya dan keraguannya pasti ada penyiksaan"