Rabu, 20 April 2011

Wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Ali

Ali bin Abi Thalib berkata bahawa Rasulullah berwasiat kepadaku dengan sabda baginda:


''Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan, tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat dari musyawarah. Tak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur.


''Ya Ali! Bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit bicara adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu.




''Ya Ali! perbanyakkanlah membaca surah yasin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali lepas hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Dipenjarakan melainkan ia akan keluar penjara. Bujang melainkan akan berkahwin. Semasa musafir matanya terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatnya kembali. Tidak dibacakan ia diatas orang yang hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sampai petang. dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada dalam keadaan aman sehingga pagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan