Rabu, 6 April 2011

Indahnya mendapat syafaat Nabi s.a.w.





Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. bersabda : ''Apabila ringan timbangan kebajikan seorang mukmin, maka ketika itu datanglah syafaat daripada Nabi s.a.w. Baginda akan mengeluarkan selembar kertas yang kecil selebar jari dan mencampakkannya ke dalam piring timbangan di sebelah kanan, ketika itu akan beratlah timbangan kebajikan orang itu''.

''Maka terkejut besarlah orang mukmin itu apabila seseorang yang tidak dikenalinya mencampakkan secebis kertas itu sehingga menyebabkan berat timbangan kebajikannya. Amat besar rasa kesyukuran orang itu apabila timbangan kebajikannya tiba-tiba menjadi berat''.

''Setelah dia memuji-muji orang yang menyebabkan timbangan kebajikannya menjadi berat, lalu dia bertanya : Siapakah Tuan yang bermurah hati ini? Jawab orang itu : Sesungguhnya akulah Nabi Muhammad s.a.w. yang selalu engkau sebut-sebut dalam dalam selawatmu dan juga dalam solatmu''.

''Adapun kerats kecil yang aku letakkan ke dalam ceper timbangan itu ialah catatan selawat yang sering engkau selawatkan kepadaku. Sekarang aku mengenang balik segala selawat yang selalu engkau ucapkan kepadaku, dengan mengembalikan catatan selawat itu kepadamu ketika kamu sangat memerlukannya''.

Bayangkanlah betapa besar rasa kesyukuran ketika seseorang dalam keadaan cemas dan memerlukan pertolongan, tiba-tiba Nabi s.a.aw. memberinya syafaat sehingga terlepaslah dia daripada bahaya azab neraka.

Justeru, orang Mukmin sewajarnya membanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.aw. pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan malamnya kerana fadhilatnya amat besar lagi. Amalan selawat ke atas Nabi s.a.aw. merupakan satu amalan yang berat dalam timbangan akhirat, hampir sama beratnya dengan amalan yang berasaskan kalimah ''La ilaha Illallah''.

Sebuah hadis daripada Malik bin Anas dan Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :'' Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya di dunia ini, nescaya aku akan berdiri dekat dengan tempat amalan dia ditimbang. Jika timbangan kebajikan lebih berat, maka berbahagialah dia, tetapi jika timbangan kebajikan ringan nescaya aku memberikan syafaat kepadanya.''

Tidak mudah untuk mendapatkan pertolongan ketika berada di Mahsyar. Susah payah di dunia ini mungkin ramai orang yang menolong, tetapi jika kesusahan itu berlaku ketika amalan mereka ditimbang dan mendapati kebajikannya ringan ketika dalam timbangan, maka siapakah yang dapat menolong ketika itu jika tidak mendapat syafaat daripada Nabi s.a.w.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan