Ahad, 23 Januari 2011

Pahala selepas mati...


Anas berkata, ''Ada 7 Pahala yang akan tetap diterima oleh seseorang itu apabila dia mati kelak iaitu

1. orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat untuk beribadat.



2. Orang yang mengalirkan air sungai selagi mana orang tetap menggunakannnya.





3. Orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang yang membacanya.





4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang memanfaatkannya.



5. Orang yang menanam buah2an selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia ataupun binatang.




6. Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.





7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kepada orang tuanya.




Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda. Katanya, ''apabila telah mati anak Adam itu, maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara sahaja iaitu:

1. Sedekah jariah

2. Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.

3. Anak yang soleh dan tidak lupa mendoakan kedua ibu bapanya.


na'uzubillahhiminzalik..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan