Rabu, 6 April 2011

Indahnya mendapat syafaat Nabi s.a.w.





Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. bersabda : ''Apabila ringan timbangan kebajikan seorang mukmin, maka ketika itu datanglah syafaat daripada Nabi s.a.w. Baginda akan mengeluarkan selembar kertas yang kecil selebar jari dan mencampakkannya ke dalam piring timbangan di sebelah kanan, ketika itu akan beratlah timbangan kebajikan orang itu''.

''Maka terkejut besarlah orang mukmin itu apabila seseorang yang tidak dikenalinya mencampakkan secebis kertas itu sehingga menyebabkan berat timbangan kebajikannya. Amat besar rasa kesyukuran orang itu apabila timbangan kebajikannya tiba-tiba menjadi berat''.

''Setelah dia memuji-muji orang yang menyebabkan timbangan kebajikannya menjadi berat, lalu dia bertanya : Siapakah Tuan yang bermurah hati ini? Jawab orang itu : Sesungguhnya akulah Nabi Muhammad s.a.w. yang selalu engkau sebut-sebut dalam dalam selawatmu dan juga dalam solatmu''.

''Adapun kerats kecil yang aku letakkan ke dalam ceper timbangan itu ialah catatan selawat yang sering engkau selawatkan kepadaku. Sekarang aku mengenang balik segala selawat yang selalu engkau ucapkan kepadaku, dengan mengembalikan catatan selawat itu kepadamu ketika kamu sangat memerlukannya''.

Bayangkanlah betapa besar rasa kesyukuran ketika seseorang dalam keadaan cemas dan memerlukan pertolongan, tiba-tiba Nabi s.a.aw. memberinya syafaat sehingga terlepaslah dia daripada bahaya azab neraka.

Justeru, orang Mukmin sewajarnya membanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.aw. pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan malamnya kerana fadhilatnya amat besar lagi. Amalan selawat ke atas Nabi s.a.aw. merupakan satu amalan yang berat dalam timbangan akhirat, hampir sama beratnya dengan amalan yang berasaskan kalimah ''La ilaha Illallah''.

Sebuah hadis daripada Malik bin Anas dan Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :'' Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya di dunia ini, nescaya aku akan berdiri dekat dengan tempat amalan dia ditimbang. Jika timbangan kebajikan lebih berat, maka berbahagialah dia, tetapi jika timbangan kebajikan ringan nescaya aku memberikan syafaat kepadanya.''

Tidak mudah untuk mendapatkan pertolongan ketika berada di Mahsyar. Susah payah di dunia ini mungkin ramai orang yang menolong, tetapi jika kesusahan itu berlaku ketika amalan mereka ditimbang dan mendapati kebajikannya ringan ketika dalam timbangan, maka siapakah yang dapat menolong ketika itu jika tidak mendapat syafaat daripada Nabi s.a.w.

Selasa, 5 April 2011

9 mimpi Rasulullah s.a.w

Aku melihat seorang dari umatku telah 
didatangi malaikat maut dengan keadaan 
yang menggerunkan untuk mengambil
nyawanya.. maka malaikat itu terhalang 
perbuatannya itu disebabkan Ketaatan dan 
kepatuhannya kepada ibu bapanya . 


Aku melihat seorang dari umatku telah 
disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, 
maka ia telah diselamatkan oleh berkat 
 wudhuknya yang sempurna . 




 

Aku melihat seorang dari umatku sedang 
dikerumuni oleh syaitan2 dan iblis2 laknatullah..
maka ia telah diselamatkan dengan berkat zikirnya 
yang tulus ikhlas kerana Allah s.w.t.




Aku melihat bagaiman umatku diseret dengan 
rantai yang diperbuat daripada api neraka 
jahanam yang dimasukkan dari mulut dan 
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh
malaikat azab.. tetapi solatnya yang khusyuk 
dan tidak menunjuk-nunjuk telah 
melepaskannya dari siksaan itu.



 
Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat 
berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga 
dihalang dari meminumnya,, ketika itu datanglah 
pahala puasanya yang ikhlas kerana 
Allah s.w.t. memberinya minum sehingga ia 
rasa puas.





Aku melihat seorang dari umatku berada di 
dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya 
sedangkan dia sendiri di dalam keadaan 
bingung, maka datanglah pahala Haji dan  
umrahnya yang Ikhlas kerana Allah s.w.t.  
 lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada 
 tempat yang terang menderang.






Aku melihat umatku cuba mendekati 
kumpulan para nabi yang sedang duduk 
 berkumpulan-kumpulan setiap kali dia akan 
diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan 
rukun yang sempurnanya sambil memimpinnya 
ke kumpulan seraya duduk di sebelahku.





Aku melihat umatku cuba berbicara 
dengan golongan orang mukmin tetapi mereka 
tidakpun membalas bicaranya, maka segera 
menjelmalah sifat silaturrahim dan tak suka 
bermusuh-musuhan sesama umatku lalu 
menyeru kepada mereka agar menyambut 
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.






Aku melihat umatku sedang menepis-nepis 
percikan api ke mukanya, maka segera 
menjelmalah  pahala sedekah yang Ikhlas 
kerana Allah s.w.t.  lalu menabur muka dan 
kepalanya dari bahaya api tersebut.

Isnin, 4 April 2011

4 perkara


Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:


" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.


Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan
keburukan orang lain.


Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-


1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di
hari kiamat iaitu AMALNYA.


Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:


1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:


1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.


Wallahualam