Selasa, 3 Mei 2011

Takbur & Ujub



Tidak dapat dinafikan dalam hati setiap anak Adam itu ada penyakit hatinya
yang tersendiri, salah satunya ialah penyakit TAKBUR. Walau bagaimanapun,
Islam ada cara untuk mengubatinya seperti yang pernah diberitahu kepada
kita oleh Imam Al-Ghazali iaitu:



Apabila bersua dengan KANAK-KANAK, anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita.


Apabila bersua dengan ORANG TUA, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah.


Apabila bersua dengan ORANG ALIM, anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang
beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.


Apabila bersua dengan ORANG JAHIL, anggaplah dia lebih mulia kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu.

Apabila bersua dengan ORANG KAFIR, katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum Islam akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa. banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan....





2 ulasan: