Rabu, 4 Ogos 2010

Ujian satu Rahmat



Nak tahu tak.... dalam hidup nie banyak dugaan dan ujian yang melanda..... namun ia bergantung pada manusia itu sendiri... ikut kesabaran dirinya... Dahulu ana sering katakan bahawa ujian nie hanya menyusahkan dan dulu bagi ana ujian nie hanya diturunkan oleh Allah kepada hamba yang dibenciNya.... MasyaAllah... tulah pemikiran ana dahulu... tapi sekarang barulah ana benar2 mengerti bahawa setiap manusia itu akan ditimpakan ujian.... dan ujian itu sebenarnya ditimpakan untuk membuktikan bahawa Allah masih sayangkan dirinya... Nak tau tak sebenarnya ujian tu tanda kasih sayang Allah kepada HambaNya.... tak hairanlah zaman sahabat dulu sentiasa bersabar menempuh ujian.. dan ada juga antara mereka yang bersedih jika tak diturunkan ujian... lagipun,,,, berhati-hatilah bagi sesiapa yang tidak ditimpakan ujian padanya.... muhasabahlah diri...
tapi,,, kita hanyalah manusia biasa kan... bila ditimpa ujian, dah mengeluh... ada yang sanggup ambil jalan pintas dengan bunuh diri... Astaghfirullah.... Tapi,, Alhamdulillah kerana Allah memilih ana mendapat nikmat iman dan islam..... ana bersyukur sangat2...

oleh itu wahai teman seperjuangan.... ingatlah Allah sentiasa bersamamu.... cubalah cek diri balik kenapa Allah bagi ujian... mungkin Allah rindu kan..... Dan ingatlah Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar... Allah juga Maha Pemurah...

'' Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa...
diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan...
hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat RahmatNya''


(Rahmat ujian-mestica)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan