Jumaat, 13 Ogos 2010

sahabat sejati




Dalam hidup ini, kita dikurniakan ramai sahabat.... tetapi adakah kita benar2 menghargainya??

Hari nie ana nak citer tentang 'sahabat'... ana ada banyak sahabat dan sahabat ana, ada yang nakal, lembut, pendiam dan ada juga yang 'bising'.. biasalah, semua orang ada ragamnya kan..

Tapi,, dalam hati ana tertanya-tanya... siapakah sahabat sejati ana??? tu yang ana pelik tu... lagipun ana ada terbaca dalam satu buku yang mengatakan bahawa sahabat sejati adalah orang yang senantiasa bersamamu walaupun suka dan duka...bila pikir balik... x dak pulak.. kalau ada pun sehari dua. lepas tuh,,,, Nak tau dak hampir setiap hari ana sedih sebab merasakan diri keseorangan.. tiada teman disisi.. hampir setiap hari ana termenung, termenung dan termenung....

Dan akhirnya baru ana tersedar... Alhamdulillah,bukankah ada 'sahabat' yang sangat sejati.. yang menemani kita di mana jua kita berada. siapakah???.. Dialah pencipta kita, iaitu Allah SWT.
Betul tak?? Akhirnya ana cuba mengadu kat Allah... setiap hari sambil bermanja denganNya.. dan nak tau dak memang benar Allah itu Maha Pengasih... Dengan kasih sayangNyalah ana senantiasa rasa dibantu... rasa macam ada 'sahabat' yang memahami isi hati ana... memang ajaib!


Cuba antunna try.... InshaAllah,,, berkesan... kalau antunna pikir balik kan... Hanya Allah sahajalah yang boleh kita mengadu... nak tau kenapa ??? sebab Hanya Allah sahaja yang sempurna.. Dia memiliki segala-galanya... tapi yang paling ana teruja... Allah terlalu tinggi Maha Pengasih dan PemurahNya... Allah senantiasa mengampunkan dosa hamba-hambaNya yang bertaubat, walaupun dosa kita tu menggunung tinggi.. dan Allah lebih sayangkan Hamba2Nya yang soleh melebihi kasih sayang seorang ibu. MashaAllah...

Tetapi, bukan di sini ana nak kata tak leh nak kawan ngan orang lain... tapi ana cuma nak kata ada 'sahabat' yang lebih baik.. dan dalam persahabatan, kita kena pandai cari teman.. sebab kawan yang baiklah yang senantiasa membawa kita ke arahNya... bukan yang menjauhkan kita daripadaNya... Dan kita kena ingat, kalau kita kawan dengan ikhlas kerana Allah,,, tak mungkin kita akan terasa dengan dirinya kan... kerana kita kawan dengannya kerana Allah,, bukan kerana lain...

Dan ana senantiasa doa dan berharap agar persahabatan ana dan teman (teman seperjuangan) berkekalan hingga ke Syurga Firdaus...amin... terima kasih teman,,, kerana dirimulah ana mengingatiNya... kerana dirimu senantiasa mengingatkan diriku kepadaNya....... di masa diriku hanyut...dalam buaian mimpi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan